Friday, December 27, 2013

disember 27

hari ini,
6:49pagi
masih tegap berdiri,
masih belum boleh melelapkan mata,
ada saki baki yang perlu dicerna,
dan menjadi yang lebih peka.

kemarin,
jam yang lebih kurang sama
masih mengadap telefon pintar di genggaman,
periksa email, notify facebook,
sesekali timeline twitter , dashboard tumblr
serta beberapa laman sesawang dan aplikasi yang ada.

minggu sebelumnya,
rutin yang sama berulang,
cuma mungkin tempat & rakan yang berbeza.

sebulan lepas,
bulan dimana jalanraya menjadi peneman,
sesekali tawa mereka.

beberapa bulan sebelum,
menghadap telefon pintar,
masih memuja jalan raya yang sesekali sepi,
cuba memerhati gerak geri perjalanan diri,
dan cuba memulihkan diri.




No comments:

Post a Comment